Ejen sah Eastel – Puchong
Ejen di bawah melayani kawasan Puchong dan sekitarnya. Mereka bantu anda semak liputan, dapatkan SIM (dipos, atau serah sendiri ikut kesesuaian), dan pilih pelan yang padan. Pendaftaran tetap anda buat sendiri dalam app – itu peraturannya, dan itu yang melindungi anda.
Ejen yang melayani Puchong
Perkara jujur tentang liputan
Kami tak akan cakap "liputan Puchong memang kuat" – liputan berbeza antara satu taman dengan taman sebelahnya. Eastel jalan atas rangkaian U Mobile. Cara betul: hantar lokasi anda kepada ejen, minta mereka semak dulu. Kalau tak sesuai, mereka akan cakap terus terang – pelanggan yang kecewa lebih mahal daripada jualan yang terlepas.
Nak jadi ejen di kawasan ini?
Program ejen Eastel terbuka – mula sebagai pengguna dengan SIM RM10, faham produk, kemudian putuskan. Butiran penuh di laman income part-time. Pendapatan tidak dijamin.
Soalan lazim
SIM boleh sampai ke Puchong berapa cepat?
Melalui pos, kebiasaannya sehari dua hari bekerja. Sesetengah ejen boleh serah sendiri di kawasan mereka – tanya terus.
Kena bayar dulu ke?
SIM starter RM10 – urusan bayaran dan penghantaran disahkan terus dengan ejen melalui WhatsApp sebelum apa-apa dibayar.
Ejen ini sah ke?
Setiap ejen di halaman ini ada ID Eastel yang tertera dan boleh disahkan. Mereka menjual pada harga rasmi (SRP) sahaja.
SIM starter RM10, dipos ke rumah, daftar sendiri dalam app.
Dapatkan SIM RM10