Berapa GB sebulan anda sebenarnya perlu?
Cara paling tepat: buka tetapan phone, tengok penggunaan data 30 hari lepas. Angka itu – bukan agakan – yang patut menentukan pelan anda. Ini panduan kasarnya.
Anggaran kegunaan biasa
| Corak guna | Anggaran sebulan | Pelan padan |
|---|---|---|
| WhatsApp, browsing, sikit video | 10–25GB | EZ15 · RM15/15 hari |
| Media sosial + video harian | 40–150GB | EZ35 · RM35 |
| Streaming berat + hotspot kerja | 150–400GB | EZ50 · RM50 |
| Hotspot keluarga / kerja penuh atas data | 400GB+ | EZ68 · RM68 atau EZ98 · RM98 |
Harga dan kuota disemak 18.08.2026, boleh berubah. Di bawah rangkaian U Mobile.
Dua panduan mudah
Satu: pilih ikut bulan paling berat anda, bukan bulan paling ringan – kehabisan data pertengahan bulan lebih mahal daripada beza RM15.
Dua: pada pelan bulanan Eastel, baki data dibawa ke pelan seterusnya – jadi terlebih pilih sikit tak rugi, baki tersimpan.
Nak kira berapa anda jimat berbanding bil sekarang? Cuba kalkulator penjimatan kami.
Soalan lazim
Macam mana nak tengok penggunaan data saya?
Android: Tetapan → Sambungan/SIM → Penggunaan data. iPhone: Tetapan → Cellular. Tengok jumlah 30 hari.
Saya guna WiFi kat rumah, kira macam mana?
Tengok angka data mudah alih sahaja. Tapi kalau anda merancang ganti WiFi dengan hotspot, campurkan kedua-duanya.
Boleh tukar pelan kalau tersilap pilih?
Boleh – prepaid tiada kontrak, reload seterusnya bebas pilih pelan lain.
SIM starter RM10, dipos ke rumah, daftar sendiri dalam app.
Dapatkan SIM RM10